Sunday, December 8, 2019

KERJAYA IDAMAN WANITA PART 3


Bila saat Mas secara rasminya menjadi perunding kecantikan Mary Kay, 360 degree bertukar. Bukan terus bertukar jadi ultraman ke apa, tapi dari sudut mindset, pemahaman, karakter, komunikasi, dan yang paling penting penampilan. 

Di dalam sebuah syarikat yang mementingkan 'people' ini.... 1001 perkara dititik beratkan. Sebagai contoh, 'make others feel important' , Mary Kay Ash kata, di dahi setiap manusia tu ada cop/tertulis mengatakan make me feel important. Buat saya rasa penting. 

dan, saya percaya, ada benarnya. 2 minggu lepas, Mas ke kedai Pizza Hut Tanjong Karang. Ada satu keadaan tu membuka mata saya. Adik pizza tu saya percaya, baru sahaja bertugas. Dan sedang meladeni saya. Agak lama juga untuk beliau tekan-tekan button tersebut, tapi tak ada masalah bagi Mas ketika itu, sebab 'no rushing'. Hanya hendak waktu 'me time' dengan si bujang kecik. 

Namun tidak buat akak sebelah tu. 3 kali menyebut... 
Adik.....akak nak pizza...
adikkkk...........
adik!

lepastu, berdengus kasar, terus blah!

Aish! Geleng kepada terus Mas. Tapi Mas percaya, mood akak kat sebelah tu dalam keadaan tak baik. Tu yang terus sentap. Manakala adik pizza tu pulak, hm.....kelewatanan menjawab pertanyaan membuatkan hilang pelanggan. 

begitulah kehidupan. Ada lose, ada win. 
tapi di dahi setiap manusia ada INVISIBLE SENTENSE

"MAKE ME FEEL IMPORTANT"


seram pula bunyinya. kah!

Jadi, untuk akhir kalam... siapa yang nak cuba perubahan 360degree, kearah yang lebih positif, jom cuba jadi perunding kecantikan Mary Kay, 
Syarikat n sesuatu sangat....... 
entah, tak tahu nak describe macam mana.... 
tapi, inilah sebuah syarikat yang dimahukan wanita..... 

stay tune. teruskan bersama ya. 


💗💗💗
Maslina Doraji

Thursday, November 21, 2019

Kerjaya idaman wanita (bahagian 2)


Ada empat cita-cita yang muncul di bayangan fikiran. Alhamdulillah, satu demi satu tercapai. Professor belum! Yang tu kena upgrade level pendidikan. 😁

Askar, baik! Beraksi dirumah.
Arkitek? Oh, sebahagian dari bidang senibina kita buat. "DESIGNER". dan gabung bersama pensyarah. Sebab, Mas bertugas di sebuah institusi yang ada kursus sijil senibina. Maka, kearah situ juga..

Dalam banyak-banyak cita-cita didunia, tak Pernah Mas terfikir untuk menjadi seorang perunding kecantikan. Pui! Yakin punya lah, kena gelak dengan kawan-kawan. What? Maslina perunding kecantikan? Cantik ke? Yezza.... Itulah keadaan yang berlaku di awal penglibatan Mas dalam dunia kecantikan.

Cantik ke?
Ek eleh!
Muka tu cermin lah dulu!

Fuh! Kasar bunyi. Tapi, itulah penguat. Jalan mas menjadi perunding kecantikan bermula dengan menjadi pengguna produk Mary Kay. (sejarah ni nanti mas ceritakan)

Kemudian, nampak kawan-kawan yang pakai ni, semakin cantik, semakin anggun, semakin bahagia, aish! Apakah rahsia?
Rupanya rahsianya adalah Mary Kay. Fuh! Berdebar rasa masa tu.

Soalannya, apa yang ada dengan Mary Kay? Sehinggakan dapat menukar mereka menjadi seorang wanita yang cantik?

Follow. Follow.follow.
Stalk.stalk.stalk

Akhirnya,dapat jawapan. Apa yang membuatkan mereka bertambah cantik dan bahagia. Dan ketika itu, Mas officially "perunding kecantikan bebas Mary Kay"

Sebuah kerjaya yang langsung tak pernah Mas impikan. Dulu, ganas mas ni. Ala-ala tomboy gitu  🤣🤣🤣 sekali pegang gincu. Pegang Bedak asas a.k.a foudation. What? Kahkahkah.

Lepas itu......(bersambung) 


❤️❤️❤️
MASLINA DORAJI



Wednesday, November 20, 2019

KERJAYA IDAMAN WANITA (bahagian 1)


Kerjaya idaman part 1

Siapa ada kerjaya idaman?
Alah... Orang dulu panggil cita-cita.
Mahu jadi apa siti? Majestret? Guru? Lawyer? Doktor?

Aduh! Macam-macam kerjaya idaman malaya kan. Macam Mas dulu, sama sahaja. Berangan nombor 1. Macam-macam cita-cita keluar dari fikiran. 

1. Pensyarah
2. Professor 
3. Askar
4. Arkitek

Eh! Biar betul Mas? Sebenarnya memang benar tuan-puan. 4 inilah cita-cita Mas. Yang nombor satu dan dua tu sebenarnya ikut kawan. Siap tanya dia, pensyarah tu apa? Professor tu apa? Apa beza dengan guru. Skandal sekolah rendah yang tulis dulu. Acacahhh follow. Kahkahkah! Sweet kan.

Cita-cita ketiga, aigo! Sebenarnya sebab nampak askar macam cool. Ops! Memang kena bantai gelak dengan makcik, mak, abah dan kaum kerabat. MASLINA askar? What? Baik! Kali ini Mas setuju. Alhamdulillah, tak kearah tu. Kalau tak mahu nama ni yang sangkut di penjara. Kenapa? Lari dari latihan.. 😭😭😭

Cita-cita ke empat, arkitek! Wujud cita-cita tu masa belajar di UIA. di Kulliyyah of Architecture and Environmental Design. Baru tahu masa tu... Ada kerjaya sebagai arkitek. Jahil jiddan! 

Lepastu...........  

-Bersambung-

❤️
Maslina Doraji 

Tuesday, November 19, 2019

MENYUSUN LANGKAH UNTUK BERJAYA



Semua kejayaan bermula dengan langkah pertama,
Semua kegagalan juga bermula dengan langkah yang salah,
Atau langkah yang tidak disusun dengan baik. 

Amboi! Sedap susun ayatkan. Benar! Teori tidak akan sama dengan praktikal. Namun, usaha itu penting. Keputusan serahkan pada yang Esa.

Begini, dalam kehidupan ini, kita berhadapan dengan pelbagai keadaan. Ada positif, ada negatif, ada yang menyentuh rasa, ada yang membuatkan berjurai air mata. Dan yang pasti ada juga yang membuatkan berderai tawa. 

Pokoknya, bagaimana kita menerima setiap sesuatu yang hadir. Hidup adalah pilihan. Terus berhenti atau melangkah maju setapak. Hidup sentiasa dengan risiko. Risiko disayangi tapi hidup umpama bangkai hidup
Atau risiko dibenci, dan sekujur tubuh bakal dicarik-carik..

Bersedia? Usah gentar. Setiap persoalan pasti ada jawapan. Mungkin bukan sekarang, tapi pasti ada. Sabar itu indah.

Susun langkah demi langkah. 
Dan Perkara paling utama adalah
Percaya pada diri sendiri. 
Percaya kau mampu
Percaya kau boleh
Percaya dengan apa yang kau percaya

Untuk melangkah setapak
Mudah secara teori
Tapi perit secara amali
Tarik nafas dalam-dalam
Hembus....... 
Pejamkan mata
Senyum... 
Hidup hanya sekali
Pilih untuk berduka
Atau bahagia

Semoga Allah redha.... 

❤️❤️❤️
Maslina Doraji
Http://Maslinadoraji.wasap.my 

Monday, November 18, 2019

NEW JOURNEY. NEW MISSION. NEW GAME

Hello! 
Welcome back. I am here after break so long. Now, i am here today!

Yeargh! Again, setting new journey! New mission! and new game!
Wallah!

Di Malaysia, telah 2019. Eh! ini adalah untuk satu dunia bukan? aigo! Kamu ni Mas! Oh ya, salam 2019. Insyaallah, kita cuba manfaatkan 2019 bersama ya. Semoga tahun ini lebih bermakna untuk kita semua berbanding tahun-tahun sebelum ini. 















Got to go!
See you again. 

Love,
Maslina Doraji