Tuesday, November 19, 2019

MENYUSUN LANGKAH UNTUK BERJAYA



Semua kejayaan bermula dengan langkah pertama,
Semua kegagalan juga bermula dengan langkah yang salah,
Atau langkah yang tidak disusun dengan baik. 

Amboi! Sedap susun ayatkan. Benar! Teori tidak akan sama dengan praktikal. Namun, usaha itu penting. Keputusan serahkan pada yang Esa.

Begini, dalam kehidupan ini, kita berhadapan dengan pelbagai keadaan. Ada positif, ada negatif, ada yang menyentuh rasa, ada yang membuatkan berjurai air mata. Dan yang pasti ada juga yang membuatkan berderai tawa. 

Pokoknya, bagaimana kita menerima setiap sesuatu yang hadir. Hidup adalah pilihan. Terus berhenti atau melangkah maju setapak. Hidup sentiasa dengan risiko. Risiko disayangi tapi hidup umpama bangkai hidup
Atau risiko dibenci, dan sekujur tubuh bakal dicarik-carik..

Bersedia? Usah gentar. Setiap persoalan pasti ada jawapan. Mungkin bukan sekarang, tapi pasti ada. Sabar itu indah.

Susun langkah demi langkah. 
Dan Perkara paling utama adalah
Percaya pada diri sendiri. 
Percaya kau mampu
Percaya kau boleh
Percaya dengan apa yang kau percaya

Untuk melangkah setapak
Mudah secara teori
Tapi perit secara amali
Tarik nafas dalam-dalam
Hembus....... 
Pejamkan mata
Senyum... 
Hidup hanya sekali
Pilih untuk berduka
Atau bahagia

Semoga Allah redha.... 

❤️❤️❤️
Maslina Doraji
Http://Maslinadoraji.wasap.my 

No comments:

Post a Comment